1,000 Sertai Perhimpunan Aman Desak Kerajaan Kelantan Selesai Isu Air

TUMPAT: Kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan aman anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Pasir Pekan dekat sini Jumaat untuk mendesak kerajaan Kelantan supaya menyelesaikan isu air di negeri itu.

Presiden MTRK Azmi Ali berkata ia berikutan kegagalan kerajaan negeri menjawab beberapa persoalan dalam memorandum yang dihantar ke Pejabat Menteri Besar beberapa bulan lalu.

Beliau berkata pihaknya akan terus mengadakan roadshow di seluruh negeri ini bagi menyatakan pendirian MTRK dalam membela nasib rakyat Kelantan yang masih menghadapi masalah bekalan air bersih sejak kerajaan negeri mengambil alih teraju pentadbiran negeri 22 tahun lepas.

"Kita juga bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Selasa untuk meminta kerajaan menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam pemberian pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri melalui program bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada perhimpunan itu.

Menurutnya, kira-kira 40 peratus rakyat Kelantan masih belum menikmati kemudahan air bersih malah masih menggunakan sumber air sungai, perigi dan telaga tiub.

Azmi berkata kerajaan negeri diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikan isu itu dan jika gagal berbuat demikian, satu lagi perhimpunan melibatkan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan akan diadakan. - BERNAMA

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain