suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 Kenderaan Rosak, Cermin Bangunan Pecah Dalam Rusuhan Di Syarikat Elektronik

BAYAN LEPAS: Sebanyak 16 buah kenderaan rosak dan cermin bangunan dipecahkan dalam satu kejadian merusuh di sebuah syarikat elektronik di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini, Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, suspek terdiri daripada 15 lelaki tempatan bersenjatakan parang dan tukul besi bertindak menyerang syarikat elektronik itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua pekerja syarikat itu tidak mengalami sebarang kecederaan memandangkan ketika kejadian mereka berada di dalam bangunan.

"Suspek yang memakai topeng itu datang menaiki tiga buah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan bertindak memecahkan sebahagian cermin bangunan dan merosakkan kenderaan pekerja termasuk pengurus syarikat yang diletakkan di sekeliling bangunan.

"Pemeriksaan ke seluruh kawasan bangunan itu tidak menemui sebarang objek tajam yang dipercayai digunakan suspek sebagai senjata utama," katanya kepada pemberita.

Lai berkata kesemua suspek berjaya melarikan diri selepas bertindak memecah sebahagian harta benda syarikat dan para pekerja.

Beliau berkata polis akan menyiasat secara terperinci punca kejadian sama ada ia melibatkan individu, perniagaan, cemburu mahupun tukar milik dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh. - BERNAMA

Artikel Lain