suria

Pelatih PLKN Sungai Siput Meninggal Dunia Di Hospital Selepas Demam

SUNGAI SIPUT: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam Isnin.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini (Selasa) dan punca kematian belum diketahui.

"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita, Selasa.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain