suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

35 Pelanggan Judi Siber Ditahan Dalam Serbuan Di Port Dickson

PORT DICKSON: Seramai 35 pelanggan yang sedang asyik bermain judi siber ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas tiga buah premis perjudian siber di Dataran Segar, Lukut di sini malam Sabtu.

Pegawai Turus dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri, Asisten Superitendan Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam linkungan 27 hingga 45 tahun.

"Operasi dilakukan hasil maklumat orang ramai dan kita kemudian membuat risikan dan hasilnya kita telah menyerbu tiga premis ini dan menahan 35 orang yang sedang bermain judi komputer," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini, Ahad.

Katanya, hasil serbuan tersebut polis turut merampas 90 unit komputer serta wang pertaruhan berjumlah RM7,971 dari tiga buah premis terbabit.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai oleh pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen dan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, empat penjaga premis-premis terbabit turut ditahan.

Yusharifuddin berkata, premis-premis tersebut didapati telah beroperasi sejak tujuh bulan lalu dan sudah beberapa kali diserbu namun mereka masih meneruskan operasi.

"Bagaimana pun kita akan tetap menjalankan serbuan lagi pada masa hadapan jika mereka masih meneruskan kegiatan mereka kerana kita mahu membendung aktiviti perjudian di negeri ini," katanya.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, di sini untuk diambil keterangan dan siasatan mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - BERNAMA

Artikel Lain