suria

TPM Tiba Untuk Lawatan Sehari Ke Kedah

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, Selasa bagi mengadakan lawatan sehari ke Kedah.

Ketibaan beliau dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini pada pukul 8.33 pagi disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom dan para pemimpin Umno serta parti komponen Barisan Nasional (BN).

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir serta Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi B Ndijadual mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno negeri diikuti pertemuan dengan Badan Perhubungan BN negeri.

Beliau juga akan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Awam Desa Keda di Batu 13, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena dan bertemu warga pendidik dari negeri Kedah dan Perlis.

Noorainee turut mempunyai aturcara berasingan yang antaranya melawat Pusat Dalam Komuniti Kubang Pasu dan melawat Wad Kanak-kanak Hospital Besar Sultanah Bahiyah di sini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain