Insiden Di KFC Adalah 'Isu Ayam' - Saksi - Semasa | mStar

Insiden Di KFC Adalah 'Isu Ayam' - Saksi

KLANG: Seorang wanita yang merakamkan insiden di cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) sehingga menjadi perbualan hangat di Internet berkata beliau mendengar pertelingkahan yang kuat di antara seorang pelanggan dan kakitangan KFC.

Wanita itu, yang mahu dikenali sebagai Jess, pada sidang media, Sabtu, memberitahu bahawa dia mendengar pelanggan memberitahu kakitangan outlet yang mereka sepatutnya memaklumkan kepada pelanggan jika cawangan tersebut telah kehabisan ayam.

Jess berkata, salah satu kakitangan bertindak balas dengan memberitahu pelanggan supaya tidak bersikap kurang ajar.

Sejurus kemudian, pergaduhan telah berlaku di antara pelanggan dan kakitangan cawangan.

Jess, yang berada di KFC cawangan i-City dari pukul 9.30 hingga 11.00 malam pada hari Isnin berkata restoran itu penuh sesak dengan pelanggan.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, yang juga hadir pada sidang akhbar itu berkata:

"Ini adalah isu tentang ayam goreng, jadi jangan buat spekulasi sehingga ia dikatakan bersifat perkauman."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!