Punca Sebenar Kematian Patrick Wong Masih Disiasat - Polis - Semasa | mStar

Punca Sebenar Kematian Patrick Wong Masih Disiasat - Polis

KUALA LUMPUR: Polis pada Khamis menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan pada Khamis.

"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," tegasnya.

Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.

Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, mendakwa ahli pernigaaan itu telah mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.

Raja Petra mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain