suria

Polis Sabah Tahan Empat Lagi Suspek Kes Bunuh Di Semporna

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tiga anak beranak di Semporna pada 22 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu, suspek-suspek berkenaan berjaya diberkas dalam beberapa operasi yang berasingan antara 3-5 Februari di Tawau.

Tawau terletak kira-kira 100km dari Semporna.

Usaha menjejaki suspek-suspek berkenaan yang berusia antara 17 hingga 40 tahun itu bermula dari di sebuah ladang kelapa sawit di Tawau.

Katanya, polis turut menemui sebilah pedang samurai, tiga parang dan guni yang berisi sabit.

Sebelum ini Hamza berkata, pihaknya telah pun berjaya menahan tiga suspek sebaik sahaja kejadian jenayah itu berlaku termasuklah suspek utama.

Dalam kejadian yang menyayat hati itu, sekumpulan 11 orang lelaki telah menyerang Ismail Jaafar,50, isterinya Salmiah Iran, 46 dan bapa Ismail, Jaafar, 70, ketika mereka sedang berehat di Kalumpang, lebih kurang 20km dari pekan Semporna.

Punca serangan itu adalah berkaitan dengan hutang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain