suria

Sekolah Terbakar Dapat Peruntukan Untuk Kerja Baik Pulih

SHAH ALAM: Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda (2) di sini yang terbakar pada Disember 2010 telah diberi peruntukan oleh Kementerian Pelajaran untuk dibaik pulih.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Kashfi Abdul Rauf berkata kementerian turut meluluskan peruntukan tambahan untuk membina empat buah kabin yang akan dijadikan kelas sementara.

Kebakaran pada 4.30 pagi itu yang dipercayai akibat litar pintas melibatkan sebuah bilik guru dan empat daripada 12 bilik darjah di sebuah blok bangunan sekolah tersebut.

"Peruntukan ini akan digunakan untuk membaik pulih bilik guru dan bilik darjah terlibat, membaiki pendawaian elektrik serta peralatan dan kelengkapan lain yang musnah dalam kebakaran," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Yusoff Haniff melawat tapak pembinaan kabin berkenaan.

Kashfi berkata kerja pembinaan dan baik pulih dijangka siap hujung bulan ini. - BERNAMA

Artikel Lain