Warga Malaysia Ditahan Di Chennai Kerana Miliki Mata Wang Palsu

CHENNAI: Seorang peniaga kecil warga Malaysia kini direman di bandar raya selatan negara ini selepas polis menemui mata wang India yang palsu bernilai beribu-ribu rupee dalam pemilikannya.

Pengusaha perniagaan penyajian berusia 45 tahun itu yang berpusat di Sungai Petani, Kedah, ditahan bulan lepas ketika sedang melakukan lawatan ke Tamil Nadu, selatan India.

Polis mendakwa dia memiliki 24 keping wang kertas 500 rupee India yang palsu bernilai 12,000 rupee atau kira-kira RM750.

"Mula-mula, dia memberi sekeping wang kertas 500 kepada operator tol plaza dan apabila penyelia pondok tol enggan menerima wang berkenaan, dia memberi sekeping lagi wang kertas 500 yang juga didapati palsu.

"Kesemua wang kertas dalam mata wang India yang ada padanya didapati palsu. Dia mendakwa menukar mata wang Malaysia kepada 30,000 rupee India di sebuah bank di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Chennai," kata seorang pegawai penyiasat polis kepada Bernama, Khamis.

Lelaki terbabit ditahan di Lingkaran Mangalamedu dalam Daerah Perambalur, kira-kira 300km di pinggir Chennai pada 6 Disember. Dia ditahan mengikut Seksyen 489(B) dan 489(C) Kanun Keseksaan India kerana memiliki mata wang palsu dan cuba menipu seseorang dengan wang itu.

"Dia berkata dia tidak tahu wang itu adalah palsu, malah memasukkan 2,000 rupee ke dalam 'undil' (kotak derma) di kuil Palani dan 5,000 rupee di kuil Tirupathi. Tetapi kami menahannya kerana memiliki mata wang palsu dan menipu," kata pegawai itu, yang enggan dikenali.

Peniaga itu tiba di Chennai bersama 10 pelancong Malaysia, tetapi hanya berada bersama pemandunya apabila penahanan itu dibuat.

Dia kini direman di Penjara Pusat Puzhal di Chennai, sementara menunggu dibawa ke Mahkamah Perambalur pada 18 Januari.

Kes itu dirujuk kepada Cawangan Jenayah di Bahagian Siasatan Jenayah India dan siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia itu mempunyai kaitan dengan sindiket mata wang palsu. - BERNAMA VP MGN ROS

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain