suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Dari Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

GEORGE TOWN: Sepuluh orang dari dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila dua rumah papan berkembar di Padang Asam, Bayan Lepas di sini musnah dijilat api, Rabu.

Seorang mangsa kebakaran, Lim Siew Na, 16, berkata ketika kejadian dia sedang berehat di hadapan rumahnya sebelum ternampak kereta milik ayahnya terbakar dan api kemudian merebak hingga membakar rumahnya.

"Api berpunca dari rumah jiran kami. Sekelip mata sahaja rumah saya dan jiran musnah," katanya.

Lim Chai Guan, 33, pula berkata ketika kejadian beliau berniaga buah tidak jauh daripada kediamannya sebelum bergegas pulang selepas mendapat panggilan telefon daripada anaknya yang memaklumkan kejadian itu.

"Satu barang pun tidak dapat diselamatkan tetapi semua ahli keluarga saya sempat menyelamatkan diri cuma ibu saya Khaw Chai Hua mengalami sesak nafas dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru Rohaizat Yusoff berkata bomba menerima panggilan pada pukul 4.17 petang 10 anggota dengan dua jentera mengambil masa 15 minit untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya.

Kebakaran itu turut memusnahkan dua motosikal dan sebuah kereta.

"Kebakaran berpunca dari salah sebuah rumah lalu menyambar kereta dan motosikal pemilik rumah kedua. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain