Tahanan Wanita Terakhir Di Bawah ISA Dibebaskan - Semasa | mStar

Tahanan Wanita Terakhir Di Bawah ISA Dibebaskan

TAIPING: Tahanan wanita terakhir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan manusia dibebaskan pada Rabu selepas 217 hari menjalani proses pemulihan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini petang Rabu.

Wanita berusia 48 tahun itu menyifatkan tempat tahanan itu sebagai "tempat terbaik" untuk mereka yang seperti beliau bagi menjalani proses kesedaran serta pemulihan.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkuan anak-anak yang lama saya tinggalkan, keluarga dan masyarakat. "Saya insaf dan tidak ingin mengulangi kesilapan. Wajib bagi kita rakyat Malaysia untuk taat kepada negara supaya tidak lakukan kesilapan yang boleh mendatangkan bencana kepada negara," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di sini.

Katanya beliau tidak mahu lagi mengungkit atau menyebut lagi kisah lama itu kerana ingin membina hidup baru bersama-sama kedua-dua anaknya yang berusia 29 dan 25 tahun.

Sepanjang menjalani tahanan dan proses pemulihan, wanita yang merupakan seorang kerani perkapalan sebelum ini, telah mempelajari kemahiran kraftangan di samping ilmu agama dan aktiviti lain.

"Saya berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, semua pegawai dan anggota Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain. Bagi saya ini tempat terbaik untuk menjalani proses pemulihan.

"Pemulihan di sini ternyata memang ke arah membina kehidupan yang baru," katanya.

Beliau dibebaskan pada 4.30 petang tadi dan kepulangannya ke pangkuan keluarga disambut oleh anaknya di sini.

Wanita itu yang ditahan sejak 7 April tahun ini merupakan antara empat wanita yang ditempatkan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping sejak 10 tahun lepas. Tiga yang lain dibebaskan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembebasan wanita yang sepatutnya ditahan selama dua tahun itu dibuat dengan bersyarat dan berdasarkan penilaian tertentu khususnya mencakupi aspek keagamaan, psikologi serta kaunseling.

Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping Mohd Roslen Ramly pula berkata jumlah tahanan yang masih menjalani proses pemulihan di situ kini sebanyak 37 orang, dan daripada jumlah itu, 23 adalah warga negara asing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain