suria

Kementerian Pengangkutan Pandang Serius Kejadian Pelanggaran Kereta Api Di Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pengangkutan memandang serius kejadian perlanggaran kereta api milik Jabatan Keretapi Negeri Sabah (KNS) dengan sebuah lori tangki minyak di sini petang Isnin.

Timbalan Menterinya Datuk Abdul Rahim Bakri berkata beliau percaya Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri akan mengambil langkah selanjutnya termasuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyiasat secara terperinci punca kemalangan tersebut.

Ini bagi membolehkan penambahbaikan dibuat supaya kejadian serupa tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta api yang dinaiki kira-kira 200 penumpang merempuh sebuah lori tangki minyak yang membawa 27,000 liter petrol di lintasan kereta api haram berhampiran KM5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas dekat sini.

Kemalangan itu mengakibatkan letupan dan kebakaran besar dan bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Hamza Taib, dalam sidang akhbar Selasa, mengesahkan bahawa seramai 12 orang mangsa perlanggaran itu kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.

Abdul Rahim berkata Kementerian Pengangkutan juga bersedia untuk bekerjasama dan membantu jika terdapat keperluan. - BERNAMA

Artikel Lain