Khatam Al-Quran Beramai-Ramai Tercatat DAlam Malaysia Book Of Records

KUALA TERENGGANU: Terengganu pada Sabtu mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 20,133 pelajar Kelas Fardu Ain (Kafa) negeri ini khatam Al-Quran.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata jumlah itu meningkat berbanding tahun lepas seramai 16,929 orang.

"Untuk majlis kali ini, kita mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records," katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatam Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian(UPKK) pelajar kelas Al-Quran & Fardu Ain (Kafa) negeri Terengganu 2011.

Khazan berkata Melaka merupakan negeri kedua paling ramai pelajar Kafa membuat khatam al-Quran iaitu 15,033 orang.

Beliau berkata majlis khatam Al-Quran di Terengganu hari ini dibuat serentak di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu seramai 6,325, Besut (3,149), Setiu (2,311), Marang (2,744), Hulu Terengganu (1,910), Dungun (2,024) dan Kemaman (1,670).

Sebahagian besar daripada pelajar berkenaan menggunakan Al-Quran digital menerusi e-book yang diagihkan kerajaan, katanya.

Khazan berkata pada masa akan datang kerajaan negeri mensasarkan seramai 30,000 pelajar khatam Al-Quran setiap tahun.

Beliau berkata adalah menjadi harapan kerajaan semua pelajar sekolah menengah di Terengganu pada masa akan datang mempunyai asas pembacaan Al-Quran dengan baik.

"Kita juga mengharapkan pelajar-pelajar itu mewakili negeri dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa depan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pejabat Majlis Agama Islam daerah Marang yang baru siap dibina dengan nilai hampir RM3 juta akan digunakan awal tahun depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wanita Maut, Suami Parah Nahas Di LPT

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain