suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut, Suami Parah Nahas Di LPT

KUANTAN: Seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga anggota keluarganya terbabas di Km213.5 Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam.

Tengah Awang, 59, penumpang belakang kenderan itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah manakala suaminya, Ismail Mamat, 63, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 7.05 petang itu, kereta yang dipandu Mohd Afizan Ismail, 30, anak kepada mangsa, dalam dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Sampai tempat kejadian, Mohd Afizan dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain