Tiga Warga Nepal Maut Dalam Kemalangan Sebelum Sempat Mula Bekerja Hari Ini - Semasa | mStar

Tiga Warga Nepal Maut Dalam Kemalangan Sebelum Sempat Mula Bekerja Hari Ini

SHAH ALAM: Tiga wanita warga Nepal yang baru menjejak kaki di Malaysia pada Khamis tidak sempat memulakan kerja di sebuah kilang membuat sarung tangan di Klang setelah mereka terbunuh dalam kemalangan di KM4.4, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Dalam kejadian pukul 3 petang itu, dua van syarikat yang membawa 19 pekerja dari Nepal itu dalam perjalanan menuju ke kilang tempat mereka bakal bekerja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), apabila sebuah daripada van itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dan sebuah lori kontena.

Ketua Trafik Daerah Shah Alam, DSP Ruslan Abdullah berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.10 petang, polis terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiga wanita sudah tercampak keluar dari van berkenaan.

"Polis mengesahkan ketiga-tiga wanita terbabit mati di tempat kejadian. Walau bagaimanapun, mayat mereka yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun itu masih belum dikenal pasti identiti mereka lagi.

"Manakala, lima lagi cedera parah termasuk pemandu van itu dan kesemua mangsa sudah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih menyiasat bagaimana kemalangan itu berlaku.

Sementara itu penyelia syarikat berkenaan, Lihasrizam Ismail ketika dihubungi berkata kesemua pekerja itu tiba di KLIA kira-kira pukul 1 tengah hari tadi dan mereka dijangka mula bekerja di kilang hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia dikenali sebagai Dil Kumari Shrestha, Kamaladevi Gurigai dan Dil Maya Gurung, katanya.

Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan dari Shah Alam ke Setia Alam sepanjang tiga kilometer. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun Mahathir Persoal Undang-Undang Hudud PAS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain