suria

Kraftangan Malaysia Anjur Program 'Ceria Bersama Kraf' Esok

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) akan menganjurkan program 'Ceria Bersama Kraf' sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia bertempat di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensi itu, program tersebut akan bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan melukis produk kraf, lukisan kreatif atas tikar mengkuang, kolaj kad kreatif, sukaneka, demonstrasi dan interaktif kraf akan turut diadakan sempena program itu.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan program tersebut.

Hari Kanak-Kanak Sedunia diadakan pada mana-mana hari Sabtu setiap Oktober di Malaysia.

Artikel Lain