SPRM Tukar 3 Pegawai Dituduh Menyamun Ke Bahagian Pentadbiran - Semasa | mStar

SPRM Tukar 3 Pegawai Dituduh Menyamun Ke Bahagian Pentadbiran

KOTA BARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.

"Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini, Ahad.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 Sept lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).

Sementara itu, Zakaria berkata bangunan baru SPRM Kelantan bernilai RM24.6 juta itu akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Nov ini.

Beliau berkata bangunan yang mula dibina pada Ogos 2008 di atas tanah seluas 0.727 hektar di Mukim Kenali, berhampiran bandar Kota Baharu itu dilengkapi pelbagai prasarana termasuk bilik temubual dan rakaman saksi, bilik menunggu saksi serta tiga unit lokap untuk lelaki dan wanita selain kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti lif, bilik air dan kawasan parkir khas.

"Aspek keselamatan turut diberi perhatian khusus dengan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam kawasan bangunan, tingkap yang dipasang jeriji besi serta pintu masuk yang dilengkapi sistem 'kad akses'," katanya.

Majlis penyerahan replika kunci itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus kepada Zakaria. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Remaja Maut Ditetak Sekumpulan Lelaki

Artikel Berikut

Terengganu Bakal Miliki Hospital Universiti

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.