suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Sekolah Cina Terima RM15 Juta

GEORGE TOWN: 15 buah sekolah di sini menerima sumbangan sebanyak RM15 juta daripada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran pada Ahad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan cek tersebut kepada SMJK Chung Ling Butterworth, SMJK Jit Sin, SMJK Chung Ling, SMJK Heng Ee, SMJK Phor Tay, SMJK Perempuan Cina, SMJK Union, SMJK Convent Dato Keramat, SMJK Chung Hwa Confucian, SMJK Sacred Heart, Chung Ling (Private) High School, Jit Sin Independent High School, Penang Chinese Girls High School (Private), Phor Tay (Private) High School dan Han Chiang High School.

Wang tersebut diperolehi daripada sumbangan orang ramai dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib yang menyertai kayuhan sepanjang 7km dari Tanjung Tokong ke Gurney Drive bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng dan tiga ribu peserta yang lain, mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melengkapkan kayuhan itu.

Acara anjuran Kwong Wah Yit Poh ditaja oleh 1MDB.

1MDB juga menyumbangkan lima ribu buah basikal kepada para pelajar sekolah yang terlibat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain