suria

Anwar Tidak Mahu Lagi Layan Isu Video Seks

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan atau mengulas sebarang pertanyaan mengenai isu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa mempunyai hubungkait dengan skandal video seks beliau yang didedahkan trio 'Datuk T' sebelum ini.

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, beliau tidak akan melayan sebarang dakwaan atau tuduhan mengenai isu moral.

"Saya dah kata tak mahu layan. Kalau isu ini isu moral, soal judi, maksiat arak, kezaliman, fitnah atau mengaibkan orang...saya tak akan layan atau jawab," katanya di sini, Isnin.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan CCTV di dalam blog PapaGomo pada Sabtu lalu yang kononnya menunjukkan imej seorang yang menyerupai beliau memasuki lif sebuah pangsapuri tempat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita warga China.

Rakaman berdurasi 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman CCTV yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.

Dalam klip video itu, turut kelihatan ialah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain