suria

Unit K9 Sertai 7,000 Polis Kuala Lumpur Bertugas Di Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) dalam usaha mencegah jenayah sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata unit itu akan membantu lebih 7,000 anggota polis Kuala Lumpur yang bertugas semasa cuti umum ini.

"Mereka (Unit K9) dijangka bertugas selama seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita selepas penyampaian juadah kepada anggota polis yang bertugas sempena hari raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini.

Katanya pada sambutan kali ini, hanya kira-kira 10 peratus daripada lebih 8,000 anggota dan pegawai polis Kontinjen Kuala Lumpur dibenarkan bercuti. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azhar CEO Baru MRT Co

Artikel Lain