suria

Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah Hulur Sumbangan Kepada Warga Miskin

KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Rabu berkenan menyampaikan bantuan kepada warga emas miskin dan pelajar miskin sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Pengurniaan bantuan bagi kali keenam sejak tahun 2006 itu berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini melibatkan 270 murid miskin dan 120 warga emas dari seluruh negeri.

Sumbangan bantuan dari Yayasan DiRaja Sultan Mizan itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Terengganu dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Terenggnau hasil daripada sumbangan pelbagai pihak.

Seorang penerima bantuan, Rohani Md Nor, 57, dari Kampung Cabang Langkap, Setiu ketika ditemui melahirkan rasa syukur dengan pemberian bantuan itu yang akan menggunakan sebahagiannya untuk membeli ubat untuk penyakit bengkak hati beliau dan selebihnya untuk persiapan Hari Raya ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said turut hadir pada majlis itu. - BERNAMA

Artikel Lain