suria

PAS Patut Kekal Slogan Asal

Ahmad Zahid (tengah) berjabat tangan dengan Siti Nurhaliza ketika Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Wisma Kementah, Kuala Lumpur, Khamis. Foto:AZHAR MAHFOF/The Star
Ahmad Zahid (tengah) berjabat tangan dengan Siti Nurhaliza ketika Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Wisma Kementah, Kuala Lumpur, Khamis. Foto:AZHAR MAHFOF/The Star
Ahmad Zahid (tengah) berjabat tangan dengan Siti Nurhaliza ketika Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Wisma Kementah, Kuala Lumpur, Khamis. Foto:AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: PAS patut kekal dengan perjuangan asal parti itu untuk membina negara Islam berbanding menukar matlamat mereka kepada pengwujudan sebuah Negara Berkebajikan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, konsep negara berkebajikan sebenarnya sudah lama diwujudkan kerajaan negeri Kelantan sejak 1957 sehinggalah era pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Konsep itu bukan perkara asing lagi. PAS mungkin terlambat sedikit dalam memperkenalkan konsep negara berkebajikan. Mereka sudah lari dari prinsip perjuangan asal," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri bahawa hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu sudah lama diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak dulu.

Konsep Negara Berkebajikan menjadi tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar di sini, awal bulan ini.

PAS menukar agenda perjuangan asal mereka dalam usaha meraih undi di kalangan pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Majlis Penyertaan Selebriti Dalam Askar Wataniah di Wisma Kementah di sini Khamis.

Antara selebriti yang menyerahkan borang penyertaan itu termasuk penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Ana Rafali, Aizat, Shaheizy Sam dan pengarah filem, David Teo.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyifatkan cubaan untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my yang dilakukan sebuah kumpulan luar negara dikenali "Anonymous" sebagai satu fenonema kurang sihat dan tidak beretika.

"Serangan itu bukan fenomena baru. Laman sosial Twitter dan Facebook saya turut pernah diserang," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau berkata kementeriannya melakukan beberapa pemantauan untuk mengawal sistem kerahsiaan negara daripada dicerobohi penggodam.

"Kita ada peraturan yang sistematik bagi memastikan maklumat kerajaan tidak jatuh ke tangan penjual maklumat dan keselamatan negara terus terpelihara," jelasnya.

Terbaru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu sebanyak 51 laman web malaysia.gov.my digodam sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain