suria

Presiden Kimma, Timbalan Presiden LDP Dilantik Senator

KUALA LUMPUR: Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader dan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Datuk Chin Su Phin adalah antara enam senator yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin.

Mereka termasuk lima muka baru yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 20 Mei lepas.

Tiga lagi ialah Pemangku Ketua Umno Labuan Datuk Yunus Kurus, Exco Wanita Umno Norliza Abdul Rahim dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Merbok Saiful Izham Ramli.

Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dilantik semula untuk penggal kedua.

Dalam amanatnya kepada senator terbabit selepas upacara tersebut, Abu Zahar berkata mereka harus melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta mematuhi segala peraturan mesyuarat dan perlembagaan negara.

"Kita kena faham kedua-dua perkara itu dengan yakin. Jangan datang dewan tetapi tidak faham (peraturan) kerana ini akan membuang masa dewan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain