Video Seks: Shazryl Eskay Serah Sampel DNA - Semasa | mStar

Video Seks: Shazryl Eskay Serah Sampel DNA

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio Datuk T yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks kontroversi kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini, menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada polis bagi membantu siasatan kes berkenaan pada Rabu.

Shazryl Eskay ketika ditemui pemberita di Bukit Aman berkata, polis telah memintanya menyerahkan sampel DNA dan bertanyakan beberapa soalan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan mengadakan sidang akhbar esok.

Rakaman video yang dikaitkan dengan pemimpin utama parti pembangkang itu dirakamkan pada 21 Februari sebelum dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac.

Selain Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim adalah ahli trio berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain