800 Doktor Diberi Biasiswa Lanjut Pengajian Peringkat Pakar

TEMERLOH: Seramai 800 doktor akan diberikan biasiswa untuk melanjutkan pengajian dan menjalani program latihan menjadi doktor pakar dalam pelbagai disiplin mulai tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata biasiswa Kementerian Kesihatan itu bertujuan melahirkan lebih ramai doktor pakar di hospital-hospital daerah di seluruh negara.

"Pesakit yang mendapat rawatan daripada doktor pakar di hospital daerah akan dapat mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di hospital utama sekarang. Setiap hospital daerah memerlukan sekurang-kurangnya antara lima dan enam doktor pakar," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAS) di sini, Selasa.

Liow berkata pada masa ini hanya terdapat 2,500 doktor pakar pelbagai bidang yang berkhidmat di hospital di seluruh negara berbanding 18,000 doktor biasa.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Temerloh, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Pengarah HOSHAS Datuk Dr Bahari Awang Ngah.

Liow berharap doktor pakar sedang berkhidmat turut melatih doktor-doktor biasa dalam disiplin masing-masing sehingga mampu menjadi doktor pakar.

"Dengan cara tersebut doktor pakar boleh memberikan sumbangan dan kepakaran mereka melalui pendedahan dan latihan untuk mempercepatkan proses melahirkan doktor pakar agar dapat mengatasi masalah rakyat yang memerlukan khidmat doktor pakar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kementerian akan mengurangkan penggunaan elektrik di semua hospital bagi menjimatkan bayaran elektrik dengan mengelakkan pembaziran penggunaan alat hawa dingin di kawasan dan sektor tidak perlu.

"Perbelanjaan bayaran bil elektrik sahaja mencecah puluhan juta ringgit setahun.

"Kementerian Kesihatan sedang membuat kajian teliti untuk mengurangkan kos penggunaan elektrik," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain