suria

Kronologi PRK Merlimau

Sebuah bas yang membawa pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Melaka menjadi tumpuan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mendakwa membawa pengundi hantu dari dari luar Melaka. Setelah kedua-dua wakil dari BN dan PAS memeriksa bas tersebut, mereka dibenarkan melalui jalan tersebut kerana bas tersebut mahu menuju ke sebuah kem bina semangat yang terletak di berhampiran pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan ChinChin. Kelihatan para penyokong kedua-dua parti politik mengerumuni bas tersebut berdekatan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan ChinChin di Jasin, Ahad. - Foto BERNAMA

BERIKUT adalah kronologi proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bermula pada pukul 8 pagi Ahad dan djangka berakhir pada pukul 5 petang:

Setakat 7.40 petang. Calon BN Roslan Ahmad:5,962 undi/Calon PAS Yuhaizad Abdullah 2, 319 undi.

Setakat 7.35 petang: Calon BN Roslan Ahmad meraih 3, 214 undi manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah dengan 1,239 undi.

5.00 petang: 8,435 atau 78.98 peratus pemilih keluar mengundi selepas pusat pengundian ditutup. Tujuh pusat pengundian ditutup tepat pukul 5 petang. Peti-peti undi dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau.

4.00 petang: 76.87 peratus atau 8,181 pemilih telah keluar mengundi.

3 petang: Kira-kira 72.6 peratus daripada 10,679 pemilih berdaftar telah keluar mengundi.

2.00 petang: 7,110 pengundi atau 67 peratus pemilih telah keluar mengundi.

12.00 tengah hari: 54 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka.

11.00 pagi: Sebanyak 43 peratus atau 4,576 pemilih telah keluar mengundi.

10.35 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, peratusan keluar mengundi ialah 30 peratus.

9.00 pagi: Sebanyak 14 peratus daripada 10,679 pemilih telah mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Roslan Ahmad dan isteri, Zalifah Omar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Merlimau Pasir.

8.00 pagi: Tujuh pusat pengundian pilihan raya kecil DUN Merlimau mula dibuka.

Artikel Lain