suria

Sarang Pelacuran Di Brickfields Diroboh

KUALA LUMPUR: Sebanyak 180 bilik daripada lapan premis pelacuran dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Brickfields di sini, Rabu.

Ketua Operasi Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Minhad Ahmad berkata tindakan memecah atau meroboh sarang pelacuran tersebut bertujuan untuk mengurangkan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.

"Sepanjang tahun lepas, kita telah memecahkan sebanyak 539 bilik dalam satu masa tetapi sekarang sudah berkurangan kepada 180 bilik sahaja," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan yang bermula tengah hari tadi dengan melibatkan 120 anggota penguat kuasa termasuk anggota polis, imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata dalam pemeriksan itu, ada premis yang tidak beroperasi dan ada yang digunakan apabila ada permintaan dari pelanggan.

Minhad berkata DBKL mendapat banyak aduan mengenai kegiatan pelacuran di kawasan tersebut.

Aktiviti susulan merobohkan premis seumpama itu akan dilakukan dengan lebih kerap, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain