suria

Bayar Lebih Jika Lambat Langsaikan Saman Trafik

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Mac, pemandu boleh melupakan hasrat mereka untuk melengah-lengahkan bayaran saman trafik dengan harapan mahu memperoleh diskaun yang banyak sempena kempen yang dianjurkan oleh polis dan lain-lain pihak berkuasa.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Kabinet bersetuju untuk menstruktur semula sistem pembayaran trafik berdasarkan prinsip "makin lewat anda bayar, makin tinggi kompaun anda bayar".

Pesalah trafik turut tidak akan dikenakan mata demerit sekiranya mereka menjelaskan saman-saman tertunggak dalam tempoh tiga bulan.

Bergantung kepada kategori kesalahan, pemandu boleh jimat sehingga RM150 untuk setiap saman sekiranya mereka memilih untuk membayar dalam tempoh 15 hari selepas mendapat saman itu, berbanding sekiranya mereka menangguhkan pembayaran sehingga dua bulan.

Bagaimanapun, tidak terdapat pengurangan dari segi amaun kompaun bagi kategori kesalahan serius yang menyebabkan kemalangan serta kematian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain