suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AWER Saran Tubuh Pasukan Petugas Atasi Kerugian Akibat Paip Air Bocor

KUALA LUMPUR: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) hari ini menyarankan pihak berkuasa menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kerugian akibat kebocoran paip air dan kecurian.

Presidennya S. Piarapakaran berkata langkah itu perlu memandangkan kajian mereka mendapati pada 2009 negara kerugian sekitar RM1.6 bilion akibat kebocoran paip air yang berleluasa kerana tidak diselenggara dengan baik.

Kajian juga menunjukkan kebanyakan negeri tidak mengutamakan aspek penyelenggaraan pada sistem agihan air, katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau juga percaya masyarakat dapat menikmati bekalan air dengan kos yang lebih murah jika isu seperti kebocoran paip itu ditangani.

Persatuan tersebut juga mencadangkan kepada kementerian terbabit agar menjadikan Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) sebagai petunjuk Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam menentukan harga air terawat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain