suria

LHDN Akan Keluarkan Borang BNCP Selewat-Lewatnya Februari Ini

KUALA LUMPUR: Pembayar cukai dijangka menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan tahun taksiran 2010 (BNCP 2010) selewat-lewatnya pertengahan Februari ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini berkata BNCP 2010 tidak akan dikeluarkan kepada pembayar cukai yang telah mengemukakan borang secara e-Filing bagi tahun taksiran 2009 atau pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian kurang dari RM26,000 dalam tahun 2009.

Kenyataan itu berkata pembayar cukai yang tidak menerima BNCP 2010 boleh memfailkan borang secara e-Filing sekiranya layak dikenakan cukai.

LHDN berkata tarikh akhir untuk mengemukakan BNCP 2010 termasuk pemfailan melalui e-Filing ialah pada 30 April bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai pendapatan perniagaan dan 30 Jun bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.

Sehubungan itu, LHDN menggalakkan pembayar cukai memfailkan BNCP 2010 secara e-Filing.

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.hasil.gov.my atau hubungi pusat panggilan LHDN di 1-300-88-3010. -BERNAMA

Artikel Lain