suria

Jaspan Singh Dicari Berhubung Penipuan Gelaran 'Datuk'

SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu dalam siasatan beberapa kes penipuan untuk mendapatkan gelaran "Datuk".

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaspan Singh a/l Ajaib Singh, 36, dari Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Negeri Sembilan, Inspektor Mohd Haffiz Rosni, berkata dalam kes itu, beberapa mangsa ditipu dengan ditawarkan gelaran "Datuk" Negeri Sembilan jika mereka membayar RM20,000.

Polis juga sedang mengesan Rohaizad Abu Zarin, 43, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pinjaman peribadi sebuah bank. -BERNAMA

Artikel Lain