suria

Najib Terima Kunjungan Delegasi Dari Baden-Wurttemberg, Jerman

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menerima kunjungan hormat Menteri Presiden Baden-Wurttemberg, Stefan Mappus di pejabatnya di sini.

Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, kedua-dua mereka antara lain berbincang mengenai hubungan dua hala, termasuk usaha meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dalam industri berteknologi tinggi.

Baden-Wurttemberg merupakan wilayah ketiga terbesar di antara 16 wilayah di Jerman, dengan sektor ekonomi utamanya merangkumi bidang automotif, teknologi perubatan, aero angkasa serta farmasutikal dan bioteknologi.

Sehingga September tahun ini, jumlah eksport wilayah itu ke Malaysia mencecah 341,776 juta euro berbanding import dari Malaysia 604,375 juta euro, dan ketika ini 237 orang pelajar Malaysia sedang mengikuti kursus kejuruteraan di Baden-Wurttemberg.

Stefan Mappus adalah dalam rangka lawatan kerja empat hari dan dijangka berlepas pulang esok. - BERNAMA

Artikel Lain