suria

Skim Rumah Pertamaku Mudah Dimiliki

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yakin pembeli rumah pertama Skim Rumah Pertamaku boleh membayar pinjaman perumahan mereka walaupun jika mereka tidak membayar bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

Beliau berkata golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman mereka ke tempoh maksimum.

"Saya yakin jika pendapatan sesuatu isi rumah selepas ditolak bayaran KWSP dan sebagainya, masih dalam lingkungan RM3,000, saya yakin pasangan suami isteri tersebut masih boleh memperolehi rumah," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Skim perumahan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu.

Chor berkata pinjaman di bawah skim tersebut akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain