suria

BAJET 2011: Akta Insolvensi, Akta Kebankrapan Digabung Atasi Muflis

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyatukan Akta Insolvensi dengan Akta Kebankrapan 1967 sebagai mekanisme baru untuk menyelamatkan mereka yang diisytiharkan bankrap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata akta tersebut adalah bagi memberi peluang kedua kepada mereka yang telah disenarai hitam untuk membolehkan mereka membuat pinjaman. “Untuk memberi peluang kedua, Akta Insolvensi baru akan menyatukan Akta Kebankrapan 1967 dan Bahagian 10 Akta Syarikat 1965. “Peruntukan berkenaan merupakan mekanisme penyelamat bagi syarikat dan individu bermasalah kewangan yang melibatkan perubahan had minimum kebangkrapan pada masa ini berjumlah RM30,000,” katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen, pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain