suria

KP Imigresen Ditukar Ke KDN Berkuat Kuasa Jumaat

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Osman ditukarkan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen berkuat kuasa 15 Oktober ini.

Tugas beliau akan diambil alih oleh Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, Datuk Alias Ahmad.

Surat pertukaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu diterimanya pukul 10 pagi ini.

Sebelum ini Abdul Rahman berkata beliau akur sekiranya ditukarkan berikutan insiden 2o tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Antarabangsa Kuala Lumpur Ogos lalu.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana ia membabtikan maruah negara,

Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen sejak Julai 2008 pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri (2003-2006).

Artikel Lain