suria

Rosmah Mansor Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran Negeri Melaka

MELAKA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendahului senarai 934 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena Hari Jadi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Jumaat.

Rosmah dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, melibatkan tiga sesi iaitu sesi pertama hari ini, sesi kedua esok dan sesi ketiga belum ditetapkan tarikh.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh pada sidang akhbar di sini berkata Rosmah akan menerima anugerah tersebut pada satu istiadat lain yang tarikhnya akan ditetapkan.

Omar berkata pada tahun ini, darjah baru diwujudkan iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk manakala jumlah penerima berkurangan sebanyak 315 orang berbanding tahun lepas.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi akan dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Empat orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira, mereka ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin, Pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Ab Aziz Kasim dan Pengarah Eksekutif, Operasi Editorial dan Berita Media Prima Bhd dan Kumpulan NSTP Berhad, Datuk Ahmad A. Talib.

Seramai 32 penerima akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) membawa gelaran Datuk, mereka ialah Penasihat Persatuan Perniagaan Islam Abd Aziz Tamby Chik, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abd Hamid Abd Bakar, Pegawai Kemajuan Negeri Melaka Abd Ghani Salleh, Ahli perniagaan Dr Abdul Rahman Abdul Halim, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Selangor Abdullah@Abdul Basir Abdul Ghani, Ketua Umno Rantau Panjang Abdullah Mat Yasim, Pengerusi Solarah Sdn Bhd Bruce Sho Umemoto.

Rakan kongsi Peguambela dan Peguamcara Kamariyah, Chan Chong Choon, Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hasan Abd Rahman, Anggota Dewan Undangan Negeri Linggi, Ismail Othman, Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Isa Abu, pemilik Jagjit Singh &Co, Jagjit Singh, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pegawai-Pegawai Hutan Melayu Jamaluddin Mohd Isa, Ketua Umno Hulu Langat Johan Abd Aziz, Pengasas/Presiden Gerakan Belia 4B Kassim Mat Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Citra Padu Sdn Bhd Lalla Nezha, Pengarah Eksekutif Benalec Sdn Bhd Leaw Tua Choon, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Loo Took Gee, Timbalan Pengerusi MIC Melaka S.Mahadevan, Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Md Yusof Samsudin.

Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad Mohamad Sabarudin Mohamad Amin, Bendahari Umno Rompin Mohamed Hambali Abdul Aziz, Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, Panglima 3 Divisyen Mejar Jen. Datuk Razali Ahmad, Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Rosni Sohar, Pengarah Urusan cekap Jati Sdn Bhd Shahabudin Ayob, Pengarah Urusan Oriental Food Industries Holdings Berhad Son Chen Chuan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Suhaili Lee, peguam Watson Peters, Pengarang Eksekutif Star Publication (M) Bhd Wong Sai Wan, Presiden Ketua Eksekutif Sirim Berhad Ir Yahya Ahmad dan Pengurus Besar Telekom Malaysia Berhad Melaka Zaini Maatan.

Seramai 59 penerima akan dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk, mereka ialah Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Hasnul Hassan, Pengarang Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad TV3 Mohd Ashraf Abdullah, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Akmar Hisham Mohd Yusof, Naib Ketua Umno Gopeng, Abd Mukti Abd Rahman, Pengerusi Persekutuan Pengakap Abd Kader Md Nor, Pengarah Syarikat Harfa (Baling) Sdn Bhd Abdul Halim Harun, Setiausaha Umno Kelana Jaya Abdul Halim Samad, Pengerusi Eksekutif Kangar Docomaint Sdn Bhd Abdul Raof Awang, Pengarah Urusan Straits Auto Logistics Sdn Bhd Adrian Henry D'Silva.

Pakar Anesthesiologi Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd Dr Ahmad Khidir Ghazali, Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Aminar Rashid Salleh, Setiausaha Politik Menteri Kewangan kedua Aminuddin Md Hanafiah, Bendahari Kehormat Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Asnawi Othman, Timbalan Ketua Umno Sekijang Ayub Rahmat, Pengurus Besar Kanan Honda Malaysia Sdn Bhd Azhar Abd Wahab, Pegawai Khas Menteri Besar Perak Azhar Ahmad, Pengurus Besar Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia Aziz Ujang, Pengerusi Kumpulan The millennium Group of Companies G.Baskaran.

Ketua MCA Jementah Dr Lee Hong Tee, anggota MCA Chia Jok Lan, Gan Hong Su, Tan Kian Huat, Anggota Dewan Undangan Negeri Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim, Timbalan Ketua Umno Tumpat, Mohd Rosdi Ab Aziz, Timbalan Ketua Umno Kuala Terengganu Mohd Sabri Alwi, Anggota Jawatankuasa Umno Bukit Katil Othman Mat Sum, Timbalan Pengerusi Sekretariat Umno Rosli Sulaiman, Timbalan Ketua Umno Gombak Said Anuar Said Ahmad, Timbalan Ketua Umno Kota Kinabalu Seruji Nawawi, Setiausaha Umno Tangga Batu Shamsudin Mehat, Anggota Exco Pergerakan Wanita Umno Fatimah Hamat, Setiausaha Barisan Nasional Perli Mat Rawi Kassim.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Dr Jamaluddin Md Jahi, Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank Jamaludin Nasir, Timbalan Ketua Pengarah Risda Kamaruddin Mohamed Shah, Pengarah Urusan Giga Shipping Sdn Bhd P.Kumar, 3RD Naib Presiden Persatuan Karate Lau Puan Long, Ahli Jawatankuasa Persatuan Wushu, Tarian Singa dan Naga Lee Ing Chin@Lee Teck Seng, Pengurus Thye On Tong Trading Sdn Bhd Loh Saw Foong, Ketua Pegawai Eksekutif Eon Bank Berhad Lor Chee Leng, Pengerusi Syarikat Imax Health Food Sdn Bhd Max Lee Soon Gee, Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mohd Tajudin Md Ningal, Yang Dipertua Persatuan Pengasih Mohd Yunus Pathi Mohd, Penasihat Syarikat Pyramid Ekspress Sdn Bhd Mohd Yusof Alwi, Pengarah Kampus Melaka Universiti Multimedia Prof. Dr Omar Shawkataly, Pakar Ortopedik Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd Dr S.Peraba.

Pengerusi Persatuan Malayalee Klang Rajan A/l Okp Menon, Pakar Perunding Dermatologi Hospital Melaka Dr Roshidah Baba, Pengarah Urusan Digicity (M) Sdn Bhd Rozman Hussin, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia Dr Salmiah Ahmad, Pengarah Urusan Pentadbiran SPPA Sdn Bhd Shariffuddin Ali, Pengarah Urusan Tetangga Arkab Sdn Bhd Tan Tian Siang, Ketua Pegawai Eksekutif Westar LDV Sdn Bhd Viswanathan C.Sankaran Unni Menon, Pegawai Khas Perdana Menteri Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Gov.Integrated Telecommunications Network Sdn Bhd Wizan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Weststar LDV Sdn Bhd Yee Kong Fatt, Ahli Lembaga Yayasan Alor Gajah Rusra Sabar, Pengarah Urusan Iknal Construction and Supply Sdn Bhd Zainal Abidin Nasruddin dan Pengarah Kewangan Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd Zawati Abd Rahman.

Sementara itu, Seramai 32 orang penerima Darjah Seri Melaka (DSM) tanpa gelaran, Jaksa Pendamai (JP) 47 penerima, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 97 penerima, Bintang Khidmat Terpuji (BKT) 154 penerima, Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) 250 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) 206 penerima dan Pingat Khidmat Lama (PKL) 50 penerima. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain