Cuepacs Minta Kajian Semula Gred Anggota Kastam - Semasa | mStar

Cuepacs Minta Kajian Semula Gred Anggota Kastam

KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula gred anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar sepadan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Presidennya Omar Osman berkata seperti mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kastam khususnya anggota penguatkuasa juga berdepan risiko keselamatan ketika menjalankan tugas.

"Perkara ini telah disampaikan secara lisan kepada JPA dan maklum balas yang diterima adalah positif," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, yang dilakukan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini malam tadi.

Omar berkata buat masa ini perjawatan KDRM menyamai jabatan dan agensi kerajaan lain daripada segi pengambilan pegawai yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ini berbeza dengan PDRM, ATM dan profesion perguruan yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda untuk jawatan itu serta tangga gaji dan faedah lain yang diterima oleh mereka," katanya.

Katanya kelayakan untuk pengambilan pegawai KDRM juga adalah setaraf dengan jawatan tukang masak dan kerani yang telah dinaikkan ke Gred 17, iaitu menggunakan SPM bukan lagi Penilaian Menengah Rendah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain