suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

36 Buah Rumah Rosak Teruk Dipukul Ribut

SUNGAI PETANI: Sebanyak 36 buah rumah di Kampung Bukit Kecik dan Kampung Pengkalan Bukit Kecik, Mukim Simpor, di sini, mengalami kerosakan teruk dalam kejadian ribut dan hujan lebat Ahad.

Dalam kejadian yang bermula 3.10 petang itu, lebih lima buah rumah roboh akibat dihempap pokok sementara selebihnya hilang bumbung akibat diterbangkan ribut. Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan cedera.

Beberapa mangsa di Kampung Bukit Kecik berkata angin kuat yang berlaku selama lima minit itu turut menerbangkan bumbung beberapa buah rumah sejauh 100 meter.

Mohd Nor Baharum, 48, berkata bumbung rumahnya hilang diterbangkan ribut dalam sekelip mata dan rumahnya turut rosak akibat hujan membasahi keseluruhan kawasan rumahnya.

Saodah Awang, 76, pula berkata dia hanya sempat menarik seorang cucunya ke dalam sebuah bilik rumahnya ketika ribut berlaku.

"Saya melihat bumbung terangkat beberapa kali termasuk beberapa perkakas rumah yang disimpan di bahagian bumbung jatuh ke lantai," katanya.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berada di kawasan kampung berkenaan untuk membantu mangsa ribut memindahkan barang.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah memutuskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain