Warga Emas OKU Maut Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU)maut apabila motosikal roda tiga yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Jelapang-Sibilin di sini petang Ahad.

Kejadian pada pukul 5.17 petang itu menyebabkan Sam Kim Choon, 81, yang berasal dari Jelapang cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Trafik Perak Supt Wan Abdullah Ishak berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Pemandu kereta terbabit di tahan untuk siastan lanjut sejurus membuat laporan di balai polis di sini, katanya di sini, Isnin.

Sementara itu di Kampar, seorang lelaki, S. Sandara, 56, terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor kerbau yang melintas di Km 17 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur pada pukul 10.10 malam tadi.

Lelaki yang berasal dari Taman Kinta, Gopeng itu cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Wan Abdullah.

Dalam kemalangan di Sitiawan pula, seorang lelaki Hoo Chan Hoi, 21, maut apabila kereta yang dipandunya merempuh tiang elektik di Km 1 Jalan Sri Manjung-Lekir pada pukul 2.20 petang Ahad. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas OKU Maut Dalam Kemalangan

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain