suria

Ajar Subjek Perlembagaan Mulai Tingkatan Satu:Murugiah

ALOR SETAR: Mata pelajaran berkaitan perlembagaan negara perlu diajar mulai Tingkatan Satu dan bukan hanya di Tingkatan Enam menerusi subjek Pengajian Am, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Beliau berkata jika pelajar hanya berlajar setakat Tingkatan Lima dan gagal menyambung pelajaran ke Tingkatan Enam, bermakna pelajar tidak dapat didedahkan dengan mata pelajaran berkenaan.

"Tujuan memperkenalkan mata pelajaran ini kepada pelajar seawal usia 13 tahun ialah bagi memupuk perpaduan dan mahu mereka faham tentang hak masing-masing.

"Jika mereka semua faham hak masing-masing, mereka tidak akan menuntut yang bukan-bukan. "Apabila ada rakyat yang tidak mengetahui tentang perlembagaan negara, maka akan timbul pelbagai persoalan termasuk yang melibatkan hak Bumiputera yang telah dipersetujui sejak dahulu lagi," kata Murugiah di sini, Sabtu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain