Pas Menyatakan Sokongan Dan Taat Setia Kepada Sultan Kelantan Yang Baru - Semasa | mStar

Pas Menyatakan Sokongan Dan Taat Setia Kepada Sultan Kelantan Yang Baru

KUALA LUMPUR:Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyatakan sokongan dan taat setia terhadap pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuatkuasa Isnin lepas.

Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa berkata pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 bagi menggantikan ayahandanya Sultan Ismail Petra yang sedang gering itu adalah mengikut perundangan negeri dan sah.

"Parti PAS menyatakan sokongan kepada pelantikan ke bawah Duli Yang Amat Mulia Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru dan (kami) patik-patik sekalian mengharapkan pelantikan ini memberi satu ruang baru untuk memajukan terus negeri Kelantan yang telah diurustadbir lebih 20 tahun oleh kerajaan PAS dan sokongan parti tidak berbelah bahagi," katanya pada sidang akhbar di sini,Rabu.

Nasaruddin berkata pemasyhuran oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu bertepatan dengan Artikel 6, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan yang memberi kuasa pada Majlis Perajaan Negeri (MPN) berbuat demikian.

Beliau berkata Artikel 6 menyatakan bahawa tidak ada sesiapa boleh dilantik dan disahkan menjadi Sultan Kelantan melainkan pengesahan dan pelantikan tersebut dibuat oleh MPN.

Sehubungan itu, Nasaruddin yang juga anggota Parlimen Bachok dan mewakili beberapa anggota Parlimen negeri Kelantan yang turut menyatakan sokongan itu mengajak rakyat Kelantan turut memberikan taat setia serta sokongan padu terhadap pemasyhuran tersebut.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pemerintahan di bawah Tuanku Muhammad Faris Petra, seorang raja berjiwa rakyat dan menunjukkan kecenderungan kepada agama Islam itu diyakini akan terus membawa kemajuan serta kemakmuran kepada negeri Kelantan.

Salahuddin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata dengan pemasyhuran itu, kemelut yang melanda Istana Kelantan dianggap sudah selesai.

Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata semua pihak termasuk PAS tidak berhak menyentuh atau membuat spekulasi dalam soal pemasyhuran seorang Sultan kerana ia adalah hak eksklusif istana serta urusan MPN.

Pada Selasa, seorang anggota MPN Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Peguam Arah Bunuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain