suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

18 Maut Hari Ke-11 Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 kematian dicatat pada hari ke-11 Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 Sept lepas ialah 187 orang.

Laman web Polis Diraja Malaysia berkata, mereka yang terkorban melibatkan 12 penunggang motosikal, empat pengguna kereta, seorang pemandu lori dan seorang pejalan kaki.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari ke-10 kempen itu ialah 18 orang.

Selain itu, sebanyak 1,219 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 138 di lebuh raya, 335 di jalan persekutuan, 196 jalan negeri, 473 jalan bandaran dan 77 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 11,072 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap ke-22 akan berakhir Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain