suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Terkorban Pada Hari Kesepuluh Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 kematian dicatat pada hari ke-10 Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 Sept lepas kepada 169 orang.

Laman web Polis Diraja Malaysia melaporkan mereka yang terkorban melibatkan 10 penunggang motosikal, dua masing-masing pengguna kereta dan pejalan kaki dan satu basikal.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari kesembilan kempen itu ialah 15 orang.

Selain itu, sebanyak 874 kemalangan dilaporkan berlaku semalam dengan 74 di lebuh raya, 321 di jalan persekutuan, 158 jalan negeri, 280 jalan bandaran dan 41 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 7,676 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap ke-22 akan berakhir Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain