suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usaha Majukan Industri Pelancongan Di NS

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan industri pelancongan negeri itu terus berkembang pesat, menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail.

Beliau berkata tindakan itu antara lain memberikan pehatian terhadap usaha memajukan prasarana dan kemudahan pelancongan di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong.

Selain itu, proses permohonan membangunkan projek berkaitan pelancongan dipermudah dan dipercepatkan di samping menggalakkan pembabitan sektor swasta bagi merancakkan pembangunan bidang ini, katanya di sini, Khamis.

Sementara itu, katanya sektor pelancongan menunjukkan perkembangan positif dan menyumbang kepada peningkatan hasil kerajaan negeri, dengan kira-kira RM546 juta dibelanjakan pelancong di negeri ini sepanjang tahun lepas.

Lebih dua juta pelancong melawat negeri ini pada tempoh itu di mana pelancong asing membelanjakan purata RM351.20 sehari sementara pelancong tempatan berbelanja RM210.72, tambahnya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain