suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Maut Hari Ke-12 Ops Sikap Ke-22

KUALA LUMPUR: Empat belas kematian dicatat pada hari ke-12 Ops Sikap ke-22 semalam, menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya sejak operasi itu bermula 3 September lepas sebanyak 201 orang.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia, mereka yang terkorban melibatkan sembilan penunggang motosikal, tiga pengguna kereta, seorang penunggang basikal dan seorang pejalan kaki.

Jumlah kematian yang dicatat pada hari ke-11 kempen itu ialah 14 orang.

Selain itu, sebanyak 1,062 kemalangan dilaporkan semalam dengan 104 di lebuh raya, 268 di jalan persekutuan, 196 jalan negeri, 433 jalan bandaran dan 61 lagi di jalan-jalan lain.

Sebanyak 12,516 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Ops Sikap sempena sambutan Aidil Fitri itu akan berakhir Jumaat ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

18 Maut Hari Ke-11 Ops Sikap Ke-22

Artikel Lain