suria

Underwater World Tawar Harga Istimewa Kepada Warga Langkawi

LANGKAWI: Underwater World Langkawi (UWL), akuarium terbesar di Malaysia, menawar harga istimewa kepada warga Langkawi sepanjang bulan Ramadan ini.

Harga promosi bermula sejak 11 Ogos hingga 9 September ini dengan hanya RM10 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM5 berbanding hari biasa iaitu masing-masing RM28 dan RM18, menurut kenyataan Bahagian Pemasaran dan Komunikasi UWL, Ahad.

Warga Langkawi perlu menunjukkan MyKad atau kad kerja di kaunter tiket untuk mendapat harga promosi itu atau menghubungi bahagian pemasaran dan komunikasi UWL.

Kenyatan itu turut menyebut harga tiket bagi pengunjung dan pelancong tidak berubah.

Masa operasi UWL pula turut berubah sepanjang Ramadan bermula pukul 10 pagi hingga 5.30 petang berbanding hari biasa 10 pagi hingga 6 petang.

UWL menempatkan 500 spesies dan 4,000 hidupan marin serta air tawar yang dipamerkan dalam lebih 100 tangki yang dibina khas.

Antara tarikan yang terdapat di UWL adalah spesies unik seperti 'Anaconda', 'Rockhopper Penguin', 'Penguin Afrika' dan anjing laut berbulu. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain