Mercun Dirampas Dari Pemandu Bas Persiaran - Semasa | mStar

Mercun Dirampas Dari Pemandu Bas Persiaran

BUKIT KAYU HITAM: Lambat lagi untuk menyambut hari perayaan, namun mercun dan bungai api sudah diseludup masuk ke dalam negara dari negara jiran di sebelah utara.

Dalam satu kes di sini hari ini, pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM600 dirampas oleh Kastam Diraja Malaysia dari sebuah bas persiaran yang baru tiba dari Hat Yai, Thailand. Rampasan dibuat di KM 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

"Semua mercun dan bunga api itu dijumpai disorok di bahagian tempat simpan barangan penumpang dalam bas tersebut.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua mercun dan bunga api itu adalah milik pemandu bas berkenaan," kata Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris.

Beliau berkata pemandu yang berumur 40 tahun itu kini ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

"Semua penumpang dan pemandu bas berkenaan adalah dari Melaka yang baru pulang dari Hat Yai," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain