suria

Bekas Panglima Angkatan Tentera Abdul Aziz Dilantik Duta Ke Perancis

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bergambar bersama Ketua-ketua Perwakilan Malaysia ke Luar Negara selepas menyampaikan surat watikah perlantikan Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Ho May Yong (kiri) , Duta Besar Malaysia ke Perancis, Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal (dua dari kiri), Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain dan Ireland Utara, Datuk Zakaria Sulong (dua dari kanan) dan Duta Besar Malaysia ke Austria, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (kanan) di Istana Negera di sini hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pilay (tiga dari kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman (tiga dari kanan). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada empat duta dan seorang pesuruhjaya tinggi.

Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera menerima watikah sebagai duta Malaysia ke Perancis dalam satu istiadat penyerahan watikah pelantikan di Istana Negara.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Datuk Zakaria Sulong sebagai pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Ho May Yong sebagai duta ke Switzerland, Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob sebagai duta ke Austria dan Mat Dris Yaakob, 50, sebagai duta ke Syria.

Ini kali kedua Zakaria, 57, bertugas di London dalam karier diplomatik selama 35 tahun.

Beliau menyandang jawatan penasihat kedutaan pada tahun 1993 sebelum berkhidmat sebagai duta ke Bosnia-Herzegovina pada tahun 2000 dan duta ke Jerman pada 2007 sehingga sebelum pelantikan ke London.

Ho, 52, berkhidmat dengan Wisma Putra sejak 1984 dan pernah bertugas sebagai Konsul Besar Malaysia di Perth, Australia, dan pegawai tugas-tugas khas kepada Perdana Menteri.

Muhammad Shahrul Ikram, 48, sebelum ini duta ke Qatar dan pada Februari tahun ini, beliau dipilih sebagai pengerusi lembaga gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang beribu pejabat di Vienna untuk penggal 2009/2010.

Mat Dris, 50, sebelum ini pernah bertugas sebagai Konsul Besar Malaysia di Vancouver, Kanada, dan penasihat kedutaan di Oman. - BERNAMA

Artikel Lain