suria

Jalan Barat Tukar Nama Jalan Dr V. David Selepas Pembangunan Semula PJ – Khalid Ibrahim

PETALING JAYA: Jalan Barat akan hanya ditukarkan nama sebagai Jalan Dr V. David apabila kerajaan Negeri Selangor mengumumkan pelan pembangunan semula untuk Petaling Jaya, kata Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Di samping memberi penghormatan kepada ikon tersebut, langkah itu juga selaras dengan pembangunan semula PJ yang merupakan salah satu usaha bagi merangsangkan ekonomi negeri yang dijangka akan menjadikan bandar raya ini mampu menampung kedudukannya sendiri dan menghapuskan persepsi umum bahawa ia adalah bandar pinggiran Kuala Lumpur, katanya.

“Di bawah pelan pembangunan semula itu, jalan-jalan akan dinaiktaraf dan sebilangannya akan ditukar nama sempena tokoh-tokoh yang telah menyumbang kepada pembangunan negeri, salah satu daripadanya, Jalan Barat. Selangor tidak akan mencapai tahapnya hari ini tanpa perjuangan wira-wira tersebut,” kata beliau semasa berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja di Pusat Sivik PJ di sini.

“Pertukaran nama yang dibuat sekarang tidak akan memberikan sebarang signifikan. Ia akan dilakukan bila kami mengumumkan pembangunan semula PJ bagi membuktikan bahawa ia dilakukan secara terancang.

“Di bawah system penyusunan semula lalu lintas, Jalan Barat akan diatur semula dan kita juga mungkin akan menukar nama jalan-jalan lain,” tambahnya.

Khalid berkata, pihak pemaju telahpun menyerahkan pelan untuk diluluskan tetapi kerajaan negeri masih menilai impak lalu lintas dan pelan itu akan diumumkan dalam tempoh setahun.

“Jalan Dr V. David mengambil alih nama Jalan Barat sebagai simbol yang menunjukkan kuasa tenaga pekerja,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh para pekerja.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Ahli Exco Negeri Ronnie Liu, Datuk Bandar, PJ mayor Datuk Mohammad Roslan Sakiman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) president Syed Syahir Syed Mohamud dan Timbalan Presiden Mohd Khalid Atan.

Pertukaran nama jalan itu dibuat sebagai menghormati mendiang pemimpin MTUC, Dr V. David yang selama lebih kurang 50 tahun berjuang untuk mempertahankan hak-hak pekerja. Mendiang juga merupakan wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Bangsar, Damansara dan kemudiannya Puchong. “Tenaga pekerja amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Para pekerja hendaklah dihormati, diiktiraf dan diberi ganjaran mengikut sumbangan yang telah mereka berikan,” kata Khalid.

Beliau berkata beliau menyokong desakan MTUC supaya dikaji semula cadangan pindaan Akta Pekerjaan 1955, Akta Perhubungan Perushaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 kerana perubahan-perubahan seterusnya akan menggugat keselamatan pekerja.

Beliau berkata para pekerja hendakalah diberi gaji minimum untuk mengurangkan jurang antara yang kaya dan miskin. Beliau juga menyarakan supaya diwujudkan senarai daftar pekerja-pekerja asing di negara ini bagi melindungi kepentingan para pekerja tempatan. Selangor telah menetapkan gaji minimum bulanan para pekerja pada para RM1,000 manakala pekerja wanita diberi cuti bersalin selama tiga bulan.

Bagaimanapun, beribu-ribu pekerja di tempat lain masih dibayar gaji RM450 ke bawah, walaupun garis kemiskinan ditetapkan pada RM750.

Khalid juga mengumumkan bahawa negeri Selangor akan memperuntukkan RM50,000 bagi membaikpulih pejabat Dr V. David.

Artikel Lain